Friday, 1 July 2011

Story Klakar Yaw ! !

Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Saiful masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Saiful…saiful…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Saiful: Alah mak… Saiful tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Saiful berikan emak dua sebab mengapa Saiful tidak mahu ke sekolah.

Saiful: Semua murid-murid tak suka Saiful. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Saiful!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Saiful untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Saiful: Baiklah, sekarang emak pula berikan Saiful dua sebab mengapa Saiful mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Saiful sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Saiful kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

No comments:

Post a Comment